Lepas satu.. satu sakit yang datang sejak beberapa bulan ni. Dan sekarang dalam masa yang sama, I suffer infection + eczema dan sakit gigi. And the first one memang agak teruk, sampai doktor nasihatkan for me to be warded. But… I tak nak. Jadi doktor bagi peluang I rest and buat self-treatment kat rumah over the weekend. Kalau by Isnin keadaan tak bertambah baik, dan I still can’t walk properly, doktor minta I datang hospital so I can be treated kat wad. I was given 1 week MC so I can rest properly dan recover.
Semalam memang teruk sakit. Ubat tahan sakit memang tak jalan langsung, asyik terjaga tidur sebab sakit dan perit sangat sakit. Dan agaknya sebab I already took too many meds for the past months, ubat tahan sakit ni langsung tak buat I ngantuk, dan I masih rasa sakit. Then, rabu depan ada appointment booster shot pulak. Nak kena hadap sakit tu pula lepas ni… subhanallah.
Apakah tujuan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:-
Beribadah, kerana memenuhi perintah Allah SWT seperti yang di sebut dalam kitab suci al-Quran, Allah SWT berfirman yang maksudnya.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersolawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” (Surah al-Ahzab, ayat 56)
Memuliakan Nabi Muhamad SAW dengan mengakui kerasulannya dan mengikuti ajaran yang dibawanya serta memohon kepada Allah SWT untuk memberi rahmat, penghormatan, kemuliaan kepada Baginda, dan kedudukan yang tinggi atas ahlinya dan sahabatnya.
Assalamualaikum :) Syukur towards Allah we are able to meet and experience Ramadhan, the month full barakah again! May this month be another month full of good transformation for all of us, insyaAllah.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.
Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.