New Succulent Plant & Replant Anak Spider Plant
Baru beli tadi. Tetibe je rasa nak pergi kedai beli. Nak letak dalam rumah tepi TV. Comel kan?


Tak tau nama dia apa sebenarnya, pakai beli je haha. Then tadi I pun cuba lah google. Setelah banyak gambar dan website diredahi, akhirnya I came across this website yang ada gambar succulent yang menyerupai the one I bought. Turn out the type of my succulent yang I beli tu namanya “Echeveria”.
Memula tengok rasa macam “Violet Queen”. Tapi bila scroll bawah dan bawah dan bawah lagi, seems mine tu like “Apus” kan? Sebab dia macam ada merah-merah manja kat hujung daun tuh. What do you think? Kompiyus lah makcik hahaha.
Selain placing this cute plant, I pun try replant my “spider plant” (atau nama scientific dia “Chlorophytum Comosum”) yang ada kat my tiny balcony. My balcony ni pulak alahai tersangat comel dan sempit. Agak seka kalau nak buat urusan “berkebun” kecil-kecilan ni. Paip kat luar pun tak hade. Kena ulang alik ke toilet bila nak ambil air dan cuci-cuci.
Selepas berjam-jam acara bersilat dengan tanah, batu, pasir dan air tanah ku tempuhi – hingga terberlakunya tragedi pertumpahan dan perselerakan all over the place sampai kat ruang tamu segala, akhirnya daku berjaya juga replant anak-anak my spider plant. Letih hoi nak membersihkan sepah tumpah dalam rumanhyaaaa.

Punya lah besor pasunya hahaha. Ingat nanti bila dia dah besar sikit, boleh lah nak hadiahkan bagi sesape hihi.