Bila Sakit…

Lepas satu.. satu sakit yang datang sejak beberapa bulan ni. Dan sekarang dalam masa yang sama, I suffer infection + eczema dan sakit gigi. And the first one memang agak teruk, sampai doktor nasihatkan for me to be warded. But… I tak nak. Jadi doktor bagi peluang I rest and buat self-treatment kat rumah over the weekend. Kalau by Isnin keadaan tak bertambah baik, dan I still can’t walk properly, doktor minta I datang hospital so I can be treated kat wad. I was given 1 week MC so I can rest properly dan recover.

Semalam memang teruk sakit. Ubat tahan sakit memang tak jalan langsung, asyik terjaga tidur sebab sakit dan perit sangat sakit. Dan agaknya sebab I already took too many meds for the past months, ubat tahan sakit ni langsung tak buat I ngantuk, dan I masih rasa sakit. Then, rabu depan ada appointment booster shot pulak. Nak kena hadap sakit tu pula lepas ni… subhanallah.

Bila sakit, memang lagi senang nak rasa emotional dan sedih. Syaitan pun akan bisik macam2 untuk buat kita sentiasa mengeluh. Tapi once in a while, I cuba ingatkan diri sendiri untuk tetap bersyukur. Syukur masih boleh bangun, masih boleh makan, masih ada rezeki berubat, dan macam2 lagi. Sebenarnya nikmat Allah berikan tu lagi besar dari ujian yang Dia berikan. Kena selalu ingatkan diri sendiri about this.

(3x) بِسْمِ اللَّهِ

(7x) أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Dengan nama Allah
Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan apa yang kurasakan dan kukhawatirkan

Ini disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim oleh Imam An-Nawawi, Al-Adzkar (Damaskus: Darul Mallah, 1971 M / 1391 H), halaman 113-114;

  وروينا في صحيح مسلم رحمه الله، عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضَعْ يَدَك عَلَى الَّذِي تَأْلَمُ مِنْ جَسَدِك، وَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Diriwayatkan kepada kami dalam Shahih Muslim rahimahullah, dari Utsman bin Abil ‘Ash RA bahwa ia mengadu kepada Rasulullah SAW perihal penyakit yang ia rasakan pada tubuhnya. Rasulullah SAW lalu mengatakan kepadanya, ‘Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang dirasa sakit. Bacalah tiga kali, ‘Bismillāh.’ Lalu bacalah tujuh kali, ‘A‘ūdzu billāhi wa qudratihī min syarri mā ajidu wa uhādziru,’’

Alhamdulillah… Syafakallah…

Categories: Health, Islamic
2 comments

Please Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.