My covid vaccination updates

Alhamdulillah I finally received an appointment after months of waiting. By the time I posted this, the daily case for Malaysia already hit 13k cases! Scary!
17 Jul 12:00 AM: Esoknya nak vaccine, sekali malam sebelumnya period lah pulak. Sobs. Risau lah nanti berlipat kali ganda sakitnya – period pain lagi, vaccine effect lagi. Ya Allah, moga dipermudahkan urusan ku.
17 Jul 05:30 PM: Reached MITEC PPV. Alhamdulillah tak sesak. Ada baca kata nak masuk sini sesak, but so far OK. Kereta kat parking banyak, walaupun slow sikit tapi bergerak. Parking pun senang dan banyak space Alhamdulillah. Cuma bila tengok dekat entrance ramainya manusia. Nervous kejap – 1 sebab sekarang ni kan pandemik dengan recently ada outbreak dekat PPV Shah Alam, then 2 sebab lama sangat duduk rumah and lama tak tengok manusia ramai-ramai, hahahahah.

17 Jul 06:00 PM: Cepat proses dia. Sampai tadi ada pegawai petugas suruh buka MySejahtera untuk check tarikh appointment dan minta kita update status risiko, make sure last updated date adalah hari ni.
17 Jul 06:10 PM: Bila dah naik atas, ada pegawai check kat mana hall kita, then tunjukkan arah kat mana. Depan hall ada kaunter utk collect dan isi borang – declaration ada medical condition dan persetujuan terima vaksin. As the petugas said, “Isi bahagian yang saya tanda sahaja. Yang saya tak tanda, tak perlu isi”. Gitchew. Selesai isi borang, boleh terus masuk ke hall. On the way nak masuk ke hall, ada petugas lain akan bagi nombor untuk pendaftaran.
Stages dalam hall:
- Pendaftaran. My number lambat juga dipanggil. Average orang lain tengok 1-2 minit masa menunggu. Lepas tunggu 5 minit, petugas kata boleh terus ke kaunter kosong kalau lambat. Sebab memang tak ramai sangat. Semua teratur dan terkawal. Saya dapat Pfizer.
- Penilaian pegawai kesihatan: My case dia panggil sekali 4 orang satu meja besar. Tanya ada masalah kesihatan? Ada ambil any medication? Mostly dia concern kalau ada ambil ubat darah tinggi dan sakit jantung. Panadol actifast ke, ubat gastrik ke no problem untuk diambil bila-bila masa lepas vaksin.
- Cucuk vaksin: Petugas dia baik dan ramah mesra. Saya cakap saya takut jarum, dia tenangkan dan suruh tarik dan hembus nafas masa dia cucuk, hihi. Sebelum dia cucuk dia akan bagitahu berapa sukatan dan tunjukkan pada kita. Lepas dah cucuk pun dia akan bagitau dah selesai dan tunjuk pada kita picagari dah kosong.
- Set appointment next dose: Saya diberi kad tulis detail vaksin hari ini, dan tarikh next dose, which in my case 3 minggu dari sekarang – same place, same time. Senang.
- Pemantauan: Saya selesai vaksin tadi jam 06:21 PM. Lepas cucuk, dia suruh kita duduk dulu di bahagian belakang untuk kira-kira 15 minit, untuk tengok kesan sampingan. Alhamdulillah semua OK.
17 Jul 07:15 PM: Alhamdulillah selamat sampai rumah. Parking kat MITEC tadi dalam 1 jam lebih sikit RM5 – tak sure per entry or per hour. So far tak ada rasa apa-apa simptom lagi. Ada je prapare bawa panadol dan air dalam kereta just in case.
17 Jul 08:30 PM: Selesai dinner, ambil panadol actifast, dan makan vitamin C dan D macam biasa. So far OK lagi, belum ada simptom. Rasa akan tidur awal sikit malam ni sebab macam penat sikit. Haha lama tak keluar rumah kot.
18 Jul 01:30 AM: Tak sedar terlelap pukul berapa tadi. Tapi tidur kurang nyenyak. Ada mula rasa lenguh-lenguh. Cuma tak tahulah sebab vaksin atau period haha.
18 Jul 11:00 AM: Bangun tidur tangan dekat bahagian injection tu rasa sakit. Bila google, it’s normal side effect. So mula sikit-sikit tuam dengan ais dan cold pack. Also kena gerakkan tangan tu selalu, untuk bagi dia less sakit. Patutnya dari semalam dah start gerakkan bahagian tangan kena inject tu selalu.
18 Jul 02:00 PM: Badan mula rasa macam nak demam. Sakit kepala, selesema dan sakit tekak sikit. Tak rasa teruk sangat. Still boleh gerak dan buat kerja rumah macam biasa.
18 Jul 11:30 PM: Still sama. Rasa badan macam demam, macam sejuk-sejuk. Ada rasa sakit perut sikit. So, nak buat air panas dan makan roti so I can take my gastric pill dan panadol. Tempat injection bengkak sikit. But not so bad. Still boleh gerak dan gunakan tangan kiri macam biasa.
19 Jul 10:00 AM: Alhamdulillah nyenyak betul tidur semalam, cukup 8 jam! Maybe sebab semalam badan penat bertarung nak build antibodi kot. Bila bangun, tangan kita tempat kena inject rasa kurang sakit compared to yesterday, mungkin hasil cold-press yesterday.
20 Jul 11:00 AM: Alhamdulillah rasa macam dah OK. Tidur pun dan bole paling ke kiri sebab tangan kiri dah kurang rasa sakit hihi.