Selawat Fatih (Pembuka)

Apakah tujuan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:-
- Beribadah, kerana memenuhi perintah Allah SWT seperti yang di sebut dalam kitab suci al-Quran, Allah SWT berfirman yang maksudnya.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersolawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” (Surah al-Ahzab, ayat 56) - Memuliakan Nabi Muhamad SAW dengan mengakui kerasulannya dan mengikuti ajaran yang dibawanya serta memohon kepada Allah SWT untuk memberi rahmat, penghormatan, kemuliaan kepada Baginda, dan kedudukan yang tinggi atas ahlinya dan sahabatnya.
Ringkasan Sejarah:-
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.
Cara cara untuk Mengamalkan Selawat al-Fateh:–
Sebagai amalan harian selepas solat lima waktu dan pada hari Jumaat ditingkatkan bilangan bacaan selawat kepada 300 x:-
1. Fatehah kepada Rasulullah SAW Baca (l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100 x)
3. Selawat al-Fateh (100/300 x)
4. Zikir (100 x)
5. Doa (10 x)
Jika mempunyai sesuatu hajat yang penting hendaklah dimulakan dengan solat sunat hajat 2 rakaat atau 12 rakaat sebaik baiknya dan amalkan selama 120 hari dengan bilangan bacaan selawat 1000 x setiap hari:-
1. Hadiah al-Fatihah kepada Rasulullah Baca (l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100 x)
3. Selawat al-Fateh (1000 x)
4. Zikir (1000 x)
5. Doa (10 x)
Amalan selawat al-Fateh mesti di niatkan dengan tujuan beribadah kerana Allah dan memuliakan Rasulullah sahaja dan mohonlah pada Allah SWT dengan keberkatan bacaan selawat untuk minta di sampaikan apa yang dihajati.
Fadhilat dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh:–
Orang yang kekal mengamalkan solawat al-Fateh secara istiqamah akan mendapat anugerah 33 fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat. Antara kelebihan yang diperoleh di dunia di antaranya ialah:-
- Mendapati diri dihormati oleh masyarakat.
- Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
- Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.
Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan pembelaan dari Rasulullah SAW, khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat:-
- Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat.
- Kekal kasih di antara kita dengan Rasulullah SAW.
- Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.
Credit: FB Jom Dakwah Bersama Ulama