Hari Selasa minggu lalu, 7 Februari 2017, telah memalitkan satu kenangan pahit dalam hidup ku. Insan yang paling aku sayangi di dunia ini telah pergi selamanya, kembali bertemu penciptanya. Dia lah ibu ku, sahabat karib ku, dunia ku. Dialah satu-satunya insan yang paling menyayangi aku sepenuh and setulus hatinya. Takkan ada insan lain.
Aku tahu dan aku mengerti yang hidup ini perlu diteruskan, no matter what. Namun, sejujurnya, ia tidak mudah bagi aku. Mungkin akan mengambil masa yang sangat lama untuk aku boleh kembali normal. Aku tak dapat gambarkan, terangkan, suluhkan perasaan ini. Hanya Dia sahaja yang tahu betapa remuk dan gelapnya dunia aku kini.
Dan tiap waktu juga aku mohon ditunjuk dan dipermudah perjalanan aku ini. Dunia ini hanya sementara. Entah esok, entah lusa, giliran aku pula..
p/s: Najwa rinduuu wan sangat-sangat wan. Najwa sayang wan sangat-sangat wan. Najwa berterima kasih sangat-sangat kerana wan bela najwa sejak najwa lahir hinggalah sekarang. Allah saja yang tahu…