Day 5 Challenge: 6 Perkataan Menggambarkan Diri
So today’s challenge is to describe yourself in 6 different words. Each of us are full of colors and personality. So, saya nak share 6 perkataan yang describe diri saya the most :)
Passionate
Saya ni jenis yang passionate terhadap satu-satu benda yang disukai. Kalau suka or minat tu, memang boleh jadi tahap melampau. Contohnya, saya suka sangat buat coding ni. Walaupun dah pukul 3 pagi, dah stress dan mengantuk tahap dewa tak dapat solve kan certain logic or coding, saya sanggup terus buat dan cuba selagi termampu. Banyak kali saya ditegur oleh colleagues – mereka tak mahu saya terlalu stress, walhal masih ada masa, atau boleh di bawa ke next sprint work item tu. Tapi the thing is, pada saya, it is not only tentang dateline, tapi honestly saya enjoy dan seronok buat coding walaupun dah pukul 3-4 pagi. Apatah lagi bila di saat-saat tu dapat solve dan siapkan. Pehhh… nikmatnya tak dapat digambarkan, haha.
Saya juga rasa passionate ni boleh di-relate-kan dengan hardworking juga. Sebab bila kita dah ada passion terhadap sesuatu, kita akan work hard untuk complete atau buat satu-satu benda tu. Saya ni jenis tak pandai “ambil corner” or membodek untuk dapatkan sesuatu. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tetap percaya dengan kuasa hardworking tu. Kalau kita berusaha dan terus berusaha (of course pastikan ia diselitkan dengan doa pada-Nya), insyaAllah, kita pasti akan berjaya juga. Cewah.
Passionate saya pun boleh di-channel-kan kat part fangirling. Tapi saya bukanlah jenis super extreme atau fanatik sampai tak boleh bezakan baik buruk. Contohnya, saya sanggup pergi ke negara lain semata-mata nak tengok konsert group/singer yang saya minati, SEORANG DIRI. Tapi passionate yang ni saya dah beransur-ansur cuba kurangkan atas faktor usia, hahahaha.
OCD
Ni kira satu perkataan tak ye? Hehehe. OCD for me here is more like “neat freaks”. Obession terhadap neatness – kalau boleh nak semua teratur dan tersusun elok. Pada pendapat saya, saya ni masih di tahap OK lagi. Tidaklah tahap dewa punya OCD ye. Ada je moment-moment bilik or barang berterabur. Tapi most of the time, sebab mata akan jadi sakit dan kepala jadi serabut tengok keberkecahan itu, maka aktiviti mengemas dan menyusun secara kecil-kecilan akan berlaku. Saya cuma buat apa yang saya mampu, tanpa memudaratkan diri pun hehehehe.
Tak sure is this thing inherited ke apa. Or maybe kerana saya memang dah biasa tengok barang-barang dan keadaan yang tersusun dan kemas sejak dari kecil, saya develop this thing. Kerana nenek saya memang seorang yg OCD. Dia tengok alas kaki senget pun tak boleh. Kalau dari ruang tamu nak ke tandas pun, sempat aje dia menyusun barang-barang sepanjang perjalanan tu, haha.
Stubborn
Dari kecil sampai ke tua ni, saya memang jenis degil. Pusar pun ada 3 kat kepala ni. Degil ni walaupun ada buruk, tapi ada juga baiknya. Bila degil benda elok, dia boleh jadi seangkatan dengan keazaman + determination + tak mudah berputus asa. Saya rasa ada satu contoh kisah yang berlaku pada diri saya sendiri, yang boleh jadi contoh “degil yang berguna” ni, kehkehkeh…
Once, ada someone told me I have no talent in doing the thing I really love. His words were like – some people are born with talent, and some are just hardworking, but sometimes the hard work pun tak cukup nak cover the lack of talent tu. So maksud yang dia cuba sampaikan macam, “you are not good enough, so just quit je lahhhh”. At first kan, I macam nak “percaya” kata-kata dia tu dan ada terfikir patutkah aku give up? I even have seorang kawan yang melalui benda yang sama, dan now dah quit what she was doing :(
But, bersyukurrrrrlah saya ni seorang yang degil kan :P Sebab pada saya, #1 saya nak buktikan dia salah! #2 kenapa saya perlu biar kata-kata dia define saya? And I am glad I didn’t quit as I am already moving forward bit by bit, alhamdulillah :)
Soft-hearted / Empathic
Saya ni walaupun degil dan agak garang, tapi saya juga jenis yang lembut hati. Saya mudah rasa kasihan pada orang dan binatang. Kadang-kadang, bila tengok anjing tempang pun saya boleh menangis sebab kasihankan dia, haha.
Dan lagi satu, contohnya, walaupun dah bergaduh dengan seseorang yang dah sakitkan hati saya, yang dah buat saya rasa sedih sangat… tapi kalau orang tu buat baik dengan saya, saya boleh jadi lembut hati untuk berbaik semula dengan orang tu. Saya ni tak lah baik sangat, tapi more kepada tak sampai hati rasanya…
Logical
Saya tak sure macam mana nak describe this. But maybe ada related dengan minat dan kerja saya kot? Dan bila ditengok kepada ciri-ciri yang describe personality “logical thinker” ni, ada lah juga kena dengan diri saya.
Sejak kecil pun saya minat subject Math especially part “menyelesaikan masalah” tu. Saya suka Math sebab konsepnya mudah = logic. Pada saya, banyak masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan logic. Walaupun kadang-kadang penyelesaiannya bukan berada di depan mata kita, tapi melalui logic, kita boleh cari pattern + contoh + sedikit creativity untuk dapatkan hint atau petunjuk kepada jawapannya.
Tapi saya perlu admit, saya bukanlah seorang yang 100% logical. Emotional tu still ada memainkan peranan juga sekali-sekala :P
Semi-introvert
Saya pun tak sure macamana nak describe ni. Biasanya saya jenis tak suka dan nervous terhadap big crowd dan strangers. Saya seorang yang pemalu & bukan seorang yang peramah. Dan honestly I am very very bad at small talks. Tak berapa pandai nak berborak atau cari topik nak berbual.
Tapi kan, dia ada masa atau keadaan yang buat saya jadi total opposite – di mana saya akan jadi peramah, boleh bersosial dengan mudah dan menjadi super osemmm, lol. Mungkin ia terjadi apabila saya berada dalam ruangan yang buat saya rasa selesa, yang terus buat saya rasa saya boleh jadi myself, gituh. Hopefully bukan lah bi-polar disorder ke ape kan, haha.
So, itu lah saya rasa 6 perkataan yang dapat describe diri saya :)
#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger
samalah taurus hehehe
sama soft hearted. hehehe
*a visit back from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-5-6-perkataan-menggambarkan-diri.html