Kasih Sayang Terbaik

Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi? Macam mana supaya kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu: Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Petik rumput yang paling cantik, bawalah ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya taadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan takkan berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput…

p/s: Hmmm… dalam kata lain, mungkin jangan terlalu memilih. Apa yang kita jumpa dan hadir dalam hidup kita, hargailah… Wahhh… ayat ku, x leh blah, hahaha…

Categories: Motivational

Please Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.