So today’s challenge is to describe yourself in 6 different words. Each of us are full of colors and personality. So, saya nak share 6 perkataan yang describe diri saya the most :)

Passionate
Saya ni jenis yang passionate terhadap satu-satu benda yang disukai. Kalau suka or minat tu, memang boleh jadi tahap melampau. Contohnya, saya suka sangat buat coding ni. Walaupun dah pukul 3 pagi, dah stress dan mengantuk tahap dewa tak dapat solve kan certain logic or coding, saya sanggup terus buat dan cuba selagi termampu. Banyak kali saya ditegur oleh colleagues – mereka tak mahu saya terlalu stress, walhal masih ada masa, atau boleh di bawa ke next sprint work item tu. Tapi the thing is, pada saya, it is not only tentang dateline, tapi honestly saya enjoy dan seronok buat coding walaupun dah pukul 3-4 pagi. Apatah lagi bila di saat-saat tu dapat solve dan siapkan. Pehhh… nikmatnya tak dapat digambarkan, haha.

Saya juga rasa passionate ni boleh di-relate-kan dengan hardworking juga. Sebab bila kita dah ada passion terhadap sesuatu, kita akan work hard untuk complete atau buat satu-satu benda tu. Saya ni jenis tak pandai “ambil corner” or membodek untuk dapatkan sesuatu. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tetap percaya dengan kuasa hardworking tu. Kalau kita berusaha dan terus berusaha (of course pastikan ia diselitkan dengan doa pada-Nya), insyaAllah, kita pasti akan berjaya juga. Cewah.

Passionate saya pun boleh di-channel-kan kat part fangirling. Tapi saya bukanlah jenis super extreme atau fanatik sampai tak boleh bezakan baik buruk. Contohnya, saya sanggup pergi ke negara lain semata-mata nak tengok konsert group/singer yang saya minati, SEORANG DIRI. Tapi passionate yang ni saya dah beransur-ansur cuba kurangkan atas faktor usia, hahahaha.


OCD
Ni kira satu perkataan tak ye? Hehehe. OCD for me here is more like “neat freaks”. Obession terhadap neatness – kalau boleh nak semua teratur dan tersusun elok. Pada pendapat saya, saya ni masih di tahap OK lagi. Tidaklah tahap dewa punya OCD ye. Ada je moment-moment bilik or barang berterabur. Tapi most of the time, sebab mata akan jadi sakit dan kepala jadi serabut tengok keberkecahan itu, maka aktiviti mengemas dan menyusun secara kecil-kecilan akan berlaku. Saya cuma buat apa yang saya mampu, tanpa memudaratkan diri pun hehehehe.

Read more…