Last Saturday merupakan hari yang bersejarah buat blogger terkemuka – Muzaffar Mustapa yang lebih dikenali sebagai SultanMuzaffar atau SM, di mana pelancaran buku blog, atau BLOOK pertamanya berjudul – “Sultan Pun Blog, Bukan Sultan Biasa” telah berjaya dipublish dan dilancarkan pada hari tersebut (Wah, skimanya ayat ku. I think entry ni banyak sikit ayat2 skima.. so… hehe)

Judul buku ni diambil dari gabungan cadangan 2 sahabat rapat SM – Chedd & Ajami. Chedd mencadangkan “Sultan Pun Blog” dan Ajami pula mengusulkan nama “Bukan Sultan Biasa” (olahan dari tajuk lagu penyanyi pujaan SM – Siti Nurhaliza – “Bukan Cinta Biasa”).

SM bersama BLOOK pertama kelahirannya. I ada terbaca somewhere ada orang komen, ni pestaim tengok wajah SM senyum nampak gigi, hehe. Maka SM, sila2 lah senyum camni selalu ehh. Manis pun ada tambah juga ;)

Keadaan di sekitar majlis pelancaran. Buku hasil penulisan SM juga telah mula dijual pada hari tersebut ;) Namun untuk siapa yang masih belum memilikinya, buku terbitan Oxygen Media yang hanya berharga RM30 ini boleh didapati di kedai2 buku terpilih + secara online di laman web Oxygen Media sendiri.

SM sewaktu bagi ucapan. Baca teks pakai Blackberry jah! Dunia dah maju, zaman dah berubah katanyaaa… ;)
8 tahun bukan masa yang singkat untuk terus konsisten menulis dan meniti hari2 sebagai blogger yang masih kental dengan etika, apatah lagi bagi seorang yang tidak mempunyai latarbelakang journalism atau apa2 bidang bidang penulisan sebagai asas permulaan – saya tabik spring kat SM!
Buku ini merupakan gabungan koleksi beberapa hasil penulisan SM di blognya http://sultanmuzaffar.blogspot.com, sejak dari awal pembabitan beliau dalam dunia blog.

Amir Muhammad tak lepaskan peluang memberi “ulasan” nya dalam bentuk gurindam nya yang kelakar dan bersahaja. You can read it from Amir’s blog ;)


Majlis pelancaran ini juga telah dihiasi dengan beberapa persembahan oleh penyanyi indie muda & berbakat – Beeha serta Noris Ali & The Bliss. Best!

Haruslah ku sempat meminta otograp si penulis buku ;) Akhir kata – tahniah & selamat maju jaya SM! Jangan berhenti menulis walau apa pun terjadi :)
Link2 berkaitan Pelancaran Buku SM;
Minat bracelet tak? If you answered yes, sila2 dan sudi2 kan lah untuk memanjangkan langkah anda ke bahagian “Shop” ya. Ada beberapa sample untuk dijual, sebarang tempahan amat dialu-alukan… hehehe…


Received this very very cute sunshine award sis from Lyn… yayyy… thanks a lot dear! *hugs*

Recent Comments
September 6, 2010 (10:02)
September 6, 2010 (1:20)
September 6, 2010 (12:02)
September 6, 2010 (11:58)
September 6, 2010 (9:19)