Siri 2 – shiorila.blogspot.com

…Masih ku ingat lagi ketika aku di tingkatan 3, dimana aku sanggup keluar dari rumah dan tidur di rumah kawan ku semata-mata kerana merajuk dengan tindakan ayah yang tak menunaikan kehendakku supaya ayah belikan sebuah motosikal untuk ku tunggang ke sekolah. Akhirnya niat itu dikabulkan juga setelah berminggu-minggu aku tak pulang ke rumah. Entah lah dari mana mereka mendapatkan duit, itu aku tak mahu tahu yang penting hasrat hati aku tertunai.

Iya lah, kawan-aku aku semuanya sudah memiliki motorsikal mereka sendiri, ibu bapa mereka siap memberi belanja tambahan lagi untuk modify motosikal mereka. Bukannya aku meminta yang lebih-lebih – Harley Davidson ke, Yamaha YZF-R1 superbike ke… cuma motosikal kapcai sahaja! Takkanlah aku nak minta motosikal satu pun mereka tak tersedia untukku. Bukannya ramai pun tanggungan mereka, aku seorang sahaja, nak tak nak, kalau mereka betul-betul sayangkan aku, buktikanlah!

Gembira tak terkata hati ini bila aku dah dapat habuan bukti kasih sayang ibu bapa ku ni. Setiap hari aku mencuci motor untuk memastikannya sentiasa cantik bersih. Aku pastikan motor kesayanganku ini “sekemas” dan “sebergaya” tuannya ini. Jika sebelum ini, walaupun aku memiliki rupa paras yang sememangnya kacak, aku sering dipandang sebelah mata kerana kekurangan ku dari segi materialistik, berbanding rakan-rakan ku yang lain.

“Berderet lah anak-anak dara cun kampung nak dekati aku lepas ni”, fikir ku. Hah! nak-nak si Fatimah anak Pak Sulan tu, memang telah lama mata aku memerhatikan dia. Wajahnya yang cukup ayu, bentuk tubuhnya yang menggiurkan, lentok lenggoknya yang manja cukup membuatkan aku angau dan sering memikirkan tentang dia siang dan malam. Sudah lama aku menginginkan Fatimah.

Kesemua rakan-rakan aku telah cuba untuk memiliki Fatimah, namun usaha mereka semuanya tampak sia-sia. Fatimah memang senang didekati kerana keramahan serta kemanjaannya, namun belum seorang berjaya memiliki hatinya, apatah lagi lebih daripada itu…

Bersambungmfr.jentayu.com

Related Posts with Thumbnails